suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salleh Said Akan Jumpa Finas Isu Pengasingan Filem FFM

Salleh Said Keruak.

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak akan berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhubung isu pengasingan kategori berdasarkan bahasa pada Festival Filem Malaysia (FFM) tahun ini.

Salleh yang ketika ini di Tawau bagi pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini berkata, beliau akan meneliti perkara itu sekembalinya pulang ke Kuala Lumpur pada Isnin.

"Saya telah berhubung dengan ketua pengarah Finas dan akan berbincang dengan beliau bila saya balik," kata Salleh ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Filem-filem seperti OlaBola, Jagat dan The Kid From The Big Apple tidak dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik pada FFM.

Sebaliknya, filem-filem popular itu dicalonkan dalam kategori bukan Bahasa Malaysia untuk Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman menjelaskan bahawa keputusan pengasingan kategori itu dibuat berdasarkan bahasa hanya bersifat sementara dalam menitikberatkan kepelbagaian yang ada pada industri perfileman negara.

FFM, Finas

Artikel Lain