suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Terperosok Di Bawah Kereta Sendiri

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang akauntan wanita maut akibat terperosok di bawah keretanya apabila kenderaan itu mengundur secara tiba-tiba di Salak South Baru di sini pagi Sabtu.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud berkata, mangsa Goo Guan Yen, 40, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 9.47 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati kereta jenis proton Iriz milik mangsa diparkir di tepi jalan bercerun sebelum dia turun untuk menghantar barang yang ditempah pelanggannya.

"Setelah mangsa selesai menghantar barang dan menuju semula ke keretanya, tiba-tiba kereta mangsa berundur ke belakang dan mangsa cuba menahan keretanya daripada mengundur, namun mangsa terperosok ke bawah keretanya," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu membantu mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah keretanya. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain