suria

Tony, Nazir Sokong Afdlin Boikot FFM

Nazir (kiri) dan Tony. Foto pinterest.com

PETALING JAYA: Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menerima kepelbagaian yang dimiliki negara ini, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam menyatakan sokongan terhadap pelakon Afdlin Shauki yang memboikot Festival Filem Malaysia (FMM) 2016 .

"Tahniah @afdlinshauki kerana tampil menegakkan apa yang beliau percaya," katanya di Facebook selepas Afdlin mengulas mengenai pengasingan dua kategori utama filem mampu memecah-belahkan perkauman.

Fernandes berkata, filem tersebut tidak boleh dikecualikan hanya kerana menggunakan pelbagai bahasa.

"Ia membentuk industri hiburan, media muzik adalah seni dan kebebasan bersuara.

"AirAsia yang memenangi syarikat penerbangan terbaik di dunia adalah disebabkan kepelbagaian yang kita miliki.

"Ayuh Malaysia, sudah tiba masanya untuk menerima kepelbagaian ini dan bukan terus memisahkannya," katanya pada Jumaat.

Tambah Fernandes, beliau dan beberapa rakan artis sering bekerjasama tanpa menilai atas dasar kaum.

"Sekali lagi saya ingatkan, cukuplah pengasingan dan tingkatkan kesamaan. Raikan kepelbagaian kita," katanya.

Susulan tindakan Afdlin Shauki memboikot FMM, Pengerusi CIMB Bank, Datuk Seri Nazir Razak turut menyokong pelawak tempatan itu.

Menerusi Instagram, Nazir berkata, perubahan hanya akan berlaku apabila orang berpengaruh seperti Afdlin membuat pendirian yang berprinsip.

Tony Fernandes

Artikel Lain