250 Mat Rempit Dipaksa Tolak Motosikal Ke JPJ - Semasa | mStar

250 Mat Rempit Dipaksa Tolak Motosikal Ke JPJ

SEREMBAN: Lebih 250 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka sejauh 200 meter sehingga ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dalam Op Rempit berhampiran Plaza Tol Senawang awal pagi Ahad.

Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Mohd Hafidzal Zainal Abidin berkata kesemua penunggang motosikal itu diarah berbuat demikian bagi pemeriksaan lanjut dan menjalani ujian air kencing.

"Dalam operasi ini, sebanyak 285 motosikal dan 300 individu diperiksa, sebelum 278 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, tiada lampu brek, tiada cermin sisi, penunggang berumur bawah 16 tahun, ubah suai aksesori dan tidak mempamer lesen L atau P," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Lima pegawai dan 72 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, satu pegawai dan 17 anggota JPJ serta 10 kakitangan Jabatan Alam Sekitar negeri terbabit dalam operasi yang bermula dari 12 tengah malam hingga 5.30 pagi itu.

Seremban , Rempit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lelaki Maut Ditetak

Lebih Artikel

Manchester United pecat Mourinho!