suria

Johor Lancar Pusat Dokumentasi, Laman Seni Warisan

Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin (dua,kanan) bersama Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), Mohd Shahrin Rahmat (kanan) menghayati lukisan di Pameran Seni Lukisan Kontemporari Johor di Kompleks Yayasan Warisan Johor. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan (kiri)

JOHOR BAHARU: Pusat dokumentasi dan laman seni warisan Johor dilancarkan di sini malam tadi bagi memelihara peninggalan bertulis mengenai budaya dan khazanah negeri ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia juga diharap dapat bertindak sebagai pusat rujukan generasi muda untuk menyelidik asal usul dan kekayaan budaya mereka, sekali gus mengimbangi keperibadian ke arah membentuk masyarakat Johor berkemajuan.

Ia juga dirancang untuk menjadi sebahagian daripada destinasi wajib yang mesti dikunjungi pelancong terutamanya ahli akademik serta pencinta budaya dari seluruh pelosok dunia bagi mengenali secara lebih dekat budaya dan warisan Johor.

"Sekali pun kita asyik dengan segala pemodenan dan kemajuan infrastruktur serta pertumbuhan ekonomi yang lebih sejahtera, kita tidak seharusnya melupakan aspek ini iaitu nilai budaya dan khazanah warisan bangsa," katanya ketika merasmikan pusat dan laman seni itu di Kompleks Yayasan Warisan Johor, di sini.

Mohamed Khaled berkata pusat itu diwujudkan dengan harapan agar segala warisan dan khazanah dapat direkodkan dalam sistem dan tempat yang bersesuaian.

"Usaha ini bertujuan memastikan budaya dan warisan bangsa Johor kekal, seiring dan terus berkembang malah berupaya menjadi sebuah identiti bangsa yang terus dibanggakan," katanya.

Artikel Lain