suria

Pilihan Raya Mengejut Tidak Akan Diadakan

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: DAP tidak akan meneruskan cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan mengadakan pilihan raya negeri, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata keputusan itu diputuskan berikutan rundingan segera yang dibuat dengan barisan pemimpin parti dan kepimpinan negeri.


Ia diputuskan selepas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kepada beliau bahawa kepimpinan PKR tidak bersetuju untuk pilihan raya lebih awal diadakan.

"Berikutan perbezaan pendapat dengan PKR berhubung pilihan raya negeri, DAP tidak akan meneruskan cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri walaupun Amanah (Parti Amanah Negara) telah mempersetujuinya dengan DAP.

"Kami telah menyatakan bahawa DAP tidak akan membuat apa-apa keputusan secara sebelah pihak sebaliknya melalui persetujuan semua parti dalam Pakatan Harapan," kata Guan Eng pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Ahad.

Beliau berkata DAP menjunjung tinggi proses perundingan secara kolektif.

"Walaupun dikritik secara tidak adil, kami akan mengotakan janji kami dan menunjukkan sifat amanah sebagai asas ke arah menjalin pakatan yang kuat dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Artikel Lain