suria

Bahan Letupan IS Dipercayai Untuk Serang Polis

KUALA LUMPUR: Penahanan seorang anggota kanan kumpulan militan IS bersama 13 lagi suspek, serta rampasan bahan letupan 'Improvised Explosive Device' (IED) bertujuan untuk melancarkan serangan terhadap pegawai tertinggi Bukit Aman.

Kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah. 

Difahamkan sebuah IED seberat 1 kilogram itu berupaya untuk memusnahkan sebuah kenderaan dalam satu serangan, disimpan di sebuah rumah di Kampung Melayu, Sungai Buloh, lokasi salah seorang anggota militan yang diserbu polis.

Rumah tersebut dipercayai menjadi tempat penyimpanan bagi kumpulan pengganas itu.

Mereka disyaki menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, anggota sel sama yang ditahan dalam operasi penghujung bulan lepas, untuk melancarkan serangan terhadap pegawai tertinggi Bukit Aman.

Antara mereka yang ditahan merupakan tukang masak di sebuah restoran francais di Lembah Klang, dua pekerja syarikat swasta, seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan seorang lagi mekanik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang daripada suspek mengaku telah berkongsi kaedah membuat bahan letupan melalui aplikasi Telegram dengan lain-lain anggota IS.

"Suspek juga mengaku menerima arahan Muhammad Wanndy untuk menghasilkan IED bagi melancarkan serangan di Lembah Klang dan turut membekalkan sepucuk pistol kepada suspek melalui orang perantaraan sebagai persediaan mempertahankan diri jika ditahan polis," katanya. 

Suspek berusia 49 tahun yang ditahan di Kedah merupakan angggota kanan kumpulan berkenaan, yang aktif merekrut anggota baharu melalui usrah-usrah sulit di sekitar Sik, Kedah dan bertanggungjawab mengatur pergerakan ke Syria untuk menyertai IS. 

"Seorang yang direkrut oleh suspek adalah Abu Ghani Yaacob@Abu Kedah yang telah terkorban di Syria pada 17 April lepas," katanya. 

Khalid berkata, suspek wanita berusia 43 tahun, yang ditahan di Perak, aktif mempromosikan Daesh serta merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan itu. 

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut BAB VIA -kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). 

IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain