suria

Sakit Perut Punca Ghapur Dirawat Di Hospital Tawau

Abdul Ghapur Salleh

TAWAU: Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dimasukkan ke Hospital Tawau setelah mengadu sakit perut dan bukannya kerana penyakit lain, kata Setiausaha Umno Kalabakan Mohd Ayaz Khan Yunus.

Justeru itu, beliau menafikan berita kononnya Ghapur pengsan di rumahnya akibat serangan jantung, yang menjadi viral di media sosial pada Sabtu.  

"Beliau dimasukkan di Hospital Tawau kira-kira 9.30 pagi tadi disebabkan'salah makan' dan bukan kerana perkara lain.

"Sebelum itu, beliau mengadu sakit perut dan lemah badan sebelum beliau dibawa ke hospital oleh keluarganya," katanya kepada Bernama.

Keadaan Ghapur, yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan, beransur pulih dan kini dalam keadaan stabil, katanya.-Bernama

Datuk Abdul Ghapur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain