Remaja Lemas Di Ulu Yam Bharu - Semasa | mStar

Remaja Lemas Di Ulu Yam Bharu

KUALA LUMPUR: Kegembiraan sekumpulan remaja bermandi-manda berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas di kawasan perkelahan Sungai Sendat, Hulu Yam Bharu, tengah Sabtu.

Mangsa Zulhilmie Aiman Zulkifli, 16, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata kejadian berlaku kira-kira 12.40 tengah hari ketika Zulhilmie, yang tiba bersama 20 rakannya menaiki motosikal dari Klang, untuk mandi di sungai berkenaan.

"Apabila sampai, Zulhilmie mandi bersama rakan lain di kolam air terjun tingkat dua dan tidak tahu berenang lalu di bawa arus air terjun di tengah kolam dan tenggelam.

"Kawan-kawan mangsa tidak sempat menyelamatkan Zulhilmie kerana kejadian berlaku dengan pantas.

Bagaimanapun dengan bantuan orang awam dan renjer hutan Zulhilmie berjaya ditemukan 30 minit kemudian di tebing sungai itu," katanya kepada Bernama.

Supramaniam berkata mayat Zulhilmie dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. -Bernama

Remaja Lemas , Ulu Yam Bharu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Hotel di Makkah hangus dijilat api