suria

Dua Pelajar UiTM Maut, Seorang Cedera

KOTA SAMARAHAN: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut dan seorang cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Express Way, Kota Samarahan, iaitu di kawasan lampu isyarat lalu lintas di depan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini.

Kemalangan berlaku kira-kira 4.17 pagi tadi dan kesemua mangsa adalah wanita dan pelajar UiTM Kampus Kota Samarahan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Myrna Ejul, 23, dan Siti Nurzaineh Zainudin, 25, kedua-duanya berasal dari Sandakan, Sabah iaitu penumpang kereta Perodua Kelisa.

Pemandu kereta, Valerie Liynthia Handrew, 23, yang cedera parah berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan dikejarkan ke Hospital Jantung Sarawak di sini untuk menerima rawatan.

Difahamkan pelajar terbabit baru sahaja selesai menduduki ujian akhir semester pada Rabu lalu.

Jurucakap itu berkata pemandu lori yang dalam lingkungan usia 40-an itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan termasuk dua anggota Unit Kecemasan dan Perubatan (EMRS) bersama jentera EMRS dikerahkan ke tempat kemalangan.

UiTM

Artikel Lain