suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kita Akan Beri Kerjasama Sepenuhnya Dalam Siasatan 1MDB - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memandang berat kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Dari segi kerajaan, kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya kepada semua pihak siasatan peringkat antarabangsa.


"Kita pandang serius perkara ini dan kita tidak ingin ada mana-mana pihak yang menyalah anggap bahawa kerajaan tidak mengurus tadbir dengan baik," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook malam Khamis.

Najib berkata tuntutan sivil AS itu adalah terhad kepada nama-nama yang telah pun disebutkan dalam laporan tersebut.

"Pendirian kita selama ini jelas iaitu kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggar undang-undang.


"Oleh itu, proses perlulah dihormati, maknanya seseorang itu ada peluang untuk membela diri sendiri atau pun menggunakan proses kehakiman di mahkamah dan kita tidak sewajarnya membuat apa-apa kesimpulan selagi proses itu belum selesai," katanya.


Najib berkata, kerajaan mahukan prinsip 'good governance' dan urus tadbir yang baik menjadi sesuatu yang akan sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain