suria

PAS Arah Solat Hajat Agar Konsert Selena Gomez Batal

Selena Gomez.

PETALING JAYA: Exco PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengarahkan semua masjid di Selangor untuk mengadakan solat hajat bagi memohon konsert penyanyi luar negara, Selena Gomez pada 25 Julai ini di Shah Alam dibatalkan.

"Semua masjid di negeri Selangor diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat jumaat atau pada bila-bila masa yang sesuai sebelum konsert itu berlangsung untuk memohon kepada Allah SWT semoga konsert tersebut dibatalkan dan negeri Selangor yang kita cintai ini tidak ditimpa bala bencana.

"Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau turut menyifatkan konsert itu sebagai hiburan melampau yang hanya mengundang bala daripada Allah SWT.

"Umat Islam tidak akan redha dan merestui segala bentuk hiburan yang melampau termasuklah konsert Selena Gomez yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT," katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan permit untuk konsert itu jika terma dan syarat dipenuhi.

Pihak penganjur menjelaskan bahawa semua borang yang diperlukan telah diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan kelulusan telah diperolehi untuk menggunakan Stadium Melawat sebagai lokasi konsert tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain