Gurauan Bawa 'Bom' Oleh Pasangan Indonesia, Penerbangan Tertunda Dua Jam

BALIK PULAU: Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka, terpaksa membayar denda atas tindakan bodoh mereka, menyebabkan penerbangan AirAsia Indonesia dari Pulau Pinang ke Jakarta tertangguh dua jam pada Khamis.

Kawan Tambunan, 48, dan Wahyuningsih, 47, ditahan dan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas tuduhan ugutan jenayah yang mengakibatkan Kawan perlu membayar denda RM1,000.

Selepas menaiki pesawat itu pada 5.55 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pramugari meminta pasangan itu meletakkan bagasi kabin mereka di ruangan simpanan, tetapi mereka enggan berbuat demikian, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar.

Pramugari itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang dan polis kemudian menahan pasangan itu.

"Kami percaya ugutan bom itu hanyalah gurauan dan pemeriksaan polis mendapati beg itu hanya mengandungi bekalan ubatan bagi penyakit jantung.

Ia tiada kena-mengena dengan ancaman pengganas," katanya dalam sidang akhbar di sini Jumaat.

Kawan dan Wahyuningsih didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada Jumaat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10(3) Akta Penerbangan Awam.

Mereka mengaku bersalah dan Kawan didenda RM1,000.

Polis merampas pasport dan semua barangan mereka untuk siasatan lanjut, kata Anuar.

"Kami mahu orang ramai tahu, melakukan ugutan bom di lapangan terbang, terutama dalam penerbangan, adalah kesalahan serius memandangkan kita kini menghadapi banyak ancaman, terutama daripada kumpulan pengganas seperti IS (Daesh)," katanya.

Anuar berkata ia merupakan ugutan bom ketiga di lapangan terbang tahun ini,  dan semua kesalahan itu dilakukan warga Indonesia. - BERNAMA

gurauan bom, AirAsia Indonesia

Artikel Sebelum

DOJ: Kedudukan Najib Tidak Terancam

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia