suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Pahang Perketat Kawalan Keselamatan Di Semua Balai Polis

Sharifuddin Abd Ghani.

KUANTAN: Polis Pahang kini mengambil langkah proaktif memperketat kawalan keselamatan di semua balai dan premis polis di seluruh negeri dalam usaha mengekang sebarang kemungkinan berlaku.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani berkata langkah itu dilaksanakan dengan mewajibkan semua anggota yang menjaga balai pengawal di hadapan pintu masuk utama perlu memakai baju kalis peluru ketika bertugas.

"Ini berkuat kuasa serta-merta demi meningkatkan lagi keselamatan setiap anggota kita sewaktu mereka bertugas," katanya.

Sharifuddin berkata selain itu, pihak polis juga akan mengawal ketat kemasukan kenderaan orang awam dengan cara membuat pemeriksaan rapi terlebih dahulu terhadap setiap kenderaan itu untuk menjamin keselamatan di persekitaran premis polis berkenaan.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan tiada pihak yang tidak bertanggungjawab memandang remeh terhadap keseriusan polis menjaga keamanan negara sekaligus keselamatan rakyat. - BERNAMA


Artikel Berikut

Carian MH370 Digantung

Artikel Lain