suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

22 PBT, GLC Johor Tandatangani Ikrar Integriti

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua kanan) bersama Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed (dua kiri) ketika majlis menandatangani ikrar integriti korporat di Johor Baharu pada Ahad.

JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor terus komited dalam meningkatkan integriti apabila 22 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menandatangani ikrar integriti korporat pada Ahad.

Antara PBT dan GLC terlibat adalah Majlis Bandaraya Johor Baharu, Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Muar, Permodalan Darul Ta'zim, Insist Amilat Sdn Bhd, Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ikrar tersebut ditandatangani kerana ingin melihat semua pihak memerangi bukan sekadar rasuah dan salah guna kuasa, malah turut merangkumi pelbagai aspek lain.

Aspek tersebut antaranya ialah membudayakan masyarakat datang ke tempat kerja tepat pada waktunya, tidak menggunakan kemudahan, dana dan harta awam demi kepentingan sendiri, mengelakkan pembaziran wang rakyat serta menyiapkan tugas dengan pantas dan telus.

Mohamed Khaled berkata apabila budaya itu diamalkan, beliau percaya ia membuka peluang dan manfaat berganda kepada masyarakat termasuk menghindari rakyat daripada menanggung pelbagai kos yang tidak munasabah serta membolehkan kos sesuatu projek menjadi lebih kompetitif.

"Integriti ini yang harus dibudayai, bukan sekadar cogan kata dan slogan. Ia harus dijiwai dan dipersembahkan jika Johor dan Malaysia ingin menjadi sebuah bangsa terbaik," kata beliau dalam majlis menandatangani ikrar tersebut, di sini.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain