suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penubuhan Parti Baharu Tidak Akan Gugat BN - Razali

MUAR: Penubuhan parti baharu di negara ini tidak akan menggugat Barisan Nasional (BN) kerana perjuangan BN adalah jelas dan diterima oleh rakyat sekian lama, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata wujud perpaduan dan kerjasama erat antara parti komponen dalam BN sehingga dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.

"BN dapat bertahan lama (memerintah negara) kerana matlamat dan perjuangannya adalah jelas serta diterima oleh majoriti masyarakat di negara ini," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Muar, di sini, Sabtu malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada khamis lepas yang mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baharu untuk menentang BN pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Kepada soalan adakah penubuhan parti baharu itu merupakan satu ancaman kepada BN, Razali menegaskan BN sentiasa berdepan dengan ancaman dari semasa ke semasa dan pada setiap kali berdepan dengan pilihan raya umum. -Bernama

Parti baharu, BN, Razali Ibrahim

Artikel Lain