Harga Musang King Meningkat, Pemilik Kebun Pantau Pencuri - Semasa | mStar

Harga Musang King Meningkat, Pemilik Kebun Pantau Pencuri

Dr Lim memantau motosikal yang berada di sekitar kebun durian miliknya.

BALIK PULAU: 'Musang King' bukan sahaja menjadi tarikan bagi penggemar-penggemar buah durian, tetapi tetapi ia merupakan tumpuan utama pencuri Raja Buah ini memandangkan nilainya boleh mencecah RM110 sebiji.

Risau dengan situasi kecuarian ini, pemilik kebun durian, Datuk Dr Lim Seh Guan memantau sendiri bunyian enjin motosikal yang ada di kawasan itu.

"Terdapat banyak pemilik kebun kecil di sini dan kami tidak memasang sebarang pagar kerana masing-masing menghormati antara satu sama lain.

"Namun, buat pertama kalinya tahun ini kami melihat ramai pencuri. Mereka bergerak di sekitar kebun menggunakan motosikal untuk mencari buah durian yang gugur," jelasnya.

Dr Lim yang bertugas sebagai pakar bedah telinga, hidung dan tekak mempunyai 18 pokok di kebunnnya seluas 0.65 hektar yang dibelinya sejak 15 tahun lalu.

Beliau menjelaskan, sebelum ini pernah bersua dengan seorang penunggang motosikal yang sedang mengutip durian di kebun milik jirannya.

"Dia mengakui hanya mencari beberapa biji durian hanya untuk makan sendiri. Kami membenarkan penduduk tempatan mengambil beberapa biji untuk dimakan secara percuma.




"Tetapi bakul yang berada di atas motosikalnya dipenuhi dengan buah durian! Penjaga kebun saya juga turut melihat motosikal lain yang melakukan perkara sama dan dapat menangkapnya," ,katanya.

Jelasnya, penjual buah di bandar memberitahu bahawa sukar untuk mendapatkan durian yang berkualiti.

"Pelanggan tetapnya telah menempah sebanyak 100 biji , namun sekarang hanya tinggal sedikit."

Jirannya, Lee Min Fun,59, yang berniaga durian sejak 30 tahun lalu telah menjual durian Musang King dengan harga RM110 sebiji.

"Harga sebiji Musang King di Balik Pulau kini sebanyak RM50 sekilogram dan RM60 atau RM70 sekilogram harga di bandar.

"Sebelum ini harganya RM20 atau RM35 sekilogram," jelasnya yang percaya Musang King kini sudah kehabisan bekalan di Balik Pulau.

Lee mengakui punca musim EL Nino awal tahun ini serta kelemahan nilai wang ringgit menjadi tarikan kepada peniaga luar serta permintaan tinggi untuk dieksport."

Katanya, ejen ditawarkan untuk membeli secara pukal sebelum dieksport ke Singapura, Hong Kong dan China.

Musang King , Pemilik Kebun , Balik Pulau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain