suria

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Libatkan Tiga Kenderaan

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di KM 258.3 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara kira-kira pukul 2.15 pagi Ahad.

Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Mohd Hafidzal Zainal Abidin berkata mangsa, Mohd Nazri Ismail, 25, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal rakannya lalu terjatuh di tengah lebuh raya.

"Sebuah kereta Proton Preve yang dipandu seorang lelaki tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat. 

Artikel Lain