suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Chalet Ditahan Bersama Pil Yaba

MARANG: Seorang pekerja sebuah chalet diberkas bersama 3,400 pil dipercayai dadah jenis Yaba yang dianggarkan bernilai RM34,000 di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Suhaimi Ali berkata suspek yang mempunyai seorang anak itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran chalet tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

Katanya ketika serbuan dilakukan suspek yang berusia 35 tahun sedang duduk di tepi beranda dan memegang sesuatu dalam plastik hitam sebelum menyembunyikannya di bawah beranda rumah tersebut.

"Hasil pemeriksaan ke atas plastik hitam itu, polis menemui 3,400 pil dipercayai dadah jenis Yaba yang disorokkan dalam bungkusan akhbar," katanya dalam sidang media, di sini, Ahad.

Menurutnya suspek dipercayai baru bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran di sekitar daerah ini sejak dua bulan lepas dan tidak menolak kemungkinan dia  belum sempat mengedarkannya berdasarkan jumlah pil yang ditemui.

"Polis yakin suspek baru saja berjinak dalam kegiatan penjualan dadah dan tidak sempat mengedarkan bekalan kepada pelanggan," katanya.

Mohd Suhaimi berkata hasil ujian saringan air kencing suspek juga negatif dan tidak mempuyai rekod lampau.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman sehingga 23 Julai mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pil Yaba

Artikel Lain