suria

Perpaduan Kaum Mampu Patahkan Ancaman IS - Tee Yong

Datuk Chua Tee Yong
CHAAH: Orang ramai yang berkunjung ke majlis rumah terbuka Hari Raya di seluruh negara mencerminkan semangat perpaduan kaum sebenar di kalangan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden MCA Datuk Chua Tee Yong.

Ahli Parlimen Labis berkata, orang ramai yang membanjiri rumah terbuka Hari Raya di kawasan itu sentiasa mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita menyambut semua perayaan termasuk Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas, dan melihat sokongan yang datang daripada semua lapisan masyarakat, ia benar-benar mencerminkan sikap toleransi dan rasa hormat kita antara satu sama lain.


"Kita perlu terus menyebarkan kasih sayang dan jangan biarkan ancaman IS mematahkan semangat kebersamaan kita," katanya semasa sambutan rumah terbuka Hari Raya di sini, Sabtu.

Orang ramai membanjiri rumah terbuka Hari Raya ini bersama keluarga dan rakan-rakan mereka di sini, di mana nasi beriani menjadi salah satu makanan yang dihidangkan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada keluarga miskin dan memerlukan.

Artikel Lain