suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempahan Nombor Pendaftaran 'V' Dibuka Mulai Jumaat Hingga 28 Julai

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  membuka tawaran tempahan bagi siri pertama nombor pendaftaran kenderaan 'V' kepada orang awam bermula Jumaat hingga 28 Julai ini.

JPJ menerusi kenyataan pada Khamis berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran yang baharu bermula dengan huruf 'V'.

"Ini bagi menggantikan siri nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf 'W' yang digunakan sebelum ini," kata kenyataan itu.

Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan tempahan kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan di sini dan panduan serta syarat-syarat lanjut mengenai tempahan boleh dilayari di laman sesawang JPJ di http://www.jpj.gov.my/.

JPJ

Artikel Berikut

Artikel Lain