suria

'Superman' DAP Keluar Parti

PETALING JAYA: 'Superman' DAP, Hew Kuan Yau bertindak keluar parti bagi mengelakkan DAP terus 'diserang' disebabkan dirinya.

Hew mengumumkan keputusan itu menerusi laman Facebook pada Khamis.

Katanya, musuh politik DAP telah menjadikannya sebagai alasan untuk menyerang parti itu, sambil menambah bahawa kenyataan beliau telah diputarbelitkan.

Hew yang juga Pengerusi DAP Teluk Intan berkata, dia tidak mempunyai kepentingan dalam politik malah enggan menjadi calon dalam pilihan raya umum lepas dan pilihan raya kecil Teluk Intan.

Tambah Hew, keputusan untuk keluar daripada DAP adakah pilihannya sendiri.

Hew berkata dia kini akan memberi tumpuan kepada pengurusan Art Comic Pulau Pinang dan Muzium Manga.

Hew, yang dikenali sebagai "Superman" kerana gemar memakai kemeja-T dengan logo superhero itu ketika menghadiri acara-acara DAP mencetuskan kontroversi kerana didakwa memainkan isu perkauman di satu ceramah di Batu Kitang semasa pilihan raya negeri Sarawak.

Hew Kuan Yau, DAP

Artikel Lain