suria

Trak Pikap Diguna Suspek Kes Bunuh Di Batu Maung Ditemui

Polis forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian. - foto Zhafaran Nasib/The Star

BUKIT MERTAJAM: Trak pikap digunakan suspek yang melarikan diri selepas menembak empat mangsa termasuk ibu dan adiknya ditemui ditinggalkan di Taman B di sini.

Penagih dadah berusia 32 tahun itu meninggalkan Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran PLJ7392 di Jalan Muhibbah kira-kira 70 kilometer (km) dari kilang memproses ayam di Batu Maung, lokasi pembunuhan berlaku.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Tan berkata dia melihat suspek meletakkan kenderaan dan berlalu pergi.

Polid dimaklumkan mengenai trak pikap itu kira-kira pukul 5 pagi.

Polis sedang giat memburu suspek yang dilihat meluru masuk ke dalam kawasan kilang ketika semua mangsa sedang tidur dan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Polis mendedahkan mangsa yang maut dikenal pasti sebagai ibunya, Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong berumur dalam lingkungan 27 ke 30 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun yang hanya dikenali sebagai Ah Bee.

Turut maut Tan Hock Choon, 50, yang juga pemilik kilang itu.

trak pikap, kes bunuh, Batu Maung

Artikel Lain