suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nga Patut Lebih Bertanggungjawab - Nazri

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sepatutnya lebih bertanggungjawab berhubung tindakan beliau, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Mengulas mengenai tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat DAP pada Selasa, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, Nga perlu lebih berhati-hati dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini, apatah lagi beliau merupakan anggota Parlimen.

Nazri menasihatkan wakil rakyat DAP itu supaya menghormati sensitiviti budaya semua pihak bagi mengelakkan insiden yang berlaku berulang.

Nazri turut menolak tanggapan bahawa isu berkenaan akan memberi sebarang kesan terhadap hubungan Malaysia-China.

"Tiada kaitan dengan China. Ini isu Malaysia," katanya.

Tambah Nazri, beliau percaya masyarakat Cina turut tidak bersetuju dengan tindakan Ahli Parlimen DAP itu.

"Saya tidak fikir tindakan itu yang mereka harapkan daripada seorang Anggota Parlimen," katanya.

Pada Selasa, sekumpulan penunjuk perasaan mengadakan bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Kumpulan itu mendakwa Nga memuat naik beberapa 'posting' yang tidak sensitif di Facebook pada Hari Raya.

Nga Kor Ming, Nazri Aziz

Artikel Lain