suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Warga Jepun Mati Gantung Diri

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Jepun berusia 28 tahun ditemui mati tergantung di dalam bilik mandi sebuah unit kondominium di Bayan Lepas dekat sini.

Mayat lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Sato ditemui rakan yang pergi ke rumahnya selepas dia tidak pergi bekerja di kilang berhampiran.

Rakan sekerjanya itu pergi ke kediaman Sato selepas usaha menghubunginya menerusi telefon bimbit tidak berjaya.

Dia memaklumkan kepada polis sejurus selepas mendapati Sato sudah tidak bernyawa kira-kira pukul 3.50 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Beliau mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

Mayat Sato dihantar ke bilik mayat Hospital Pulau Pinang.

Mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi Befrienders (04-2815161/2811108) di Pulau Pinang dan (05-5477933/ 5477955) di Ipoh.

warga Jepun, gantung diri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain