Nelayan Hilang, Bot Ditemui Di Perairan Pulau Redang - Semasa | mStar

Nelayan Hilang, Bot Ditemui Di Perairan Pulau Redang

Suffian Sulaiman

KUALA TERENGGANU: Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di sekitar perairan Pulau Redang pada Sabtu.

Baharuddin Muhamod, 58, dilaporkan keluar menangkap ikan seorang diri kira-kira 9 pagi semalam namun sehingga petang gagal pulang ke rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman berkata pada 2.30 petang isterinya menghubungi mangsa menerusi telefon bimbit namun tiada jawapan.

Katanya dua jam selepas itu anaknya memaklumkan menemukan bot kayu milik ayahnya yang hanyut berhampiran perairan Pulau Redang namun bapanya tiada di dalam bot tersebut.

Bimbang dengan keselamatan mangsa dan penemuan bot tanpa pemiliknya itu anggota keluarganya membuat laporan polis pada 5 petang semalam (Sabtu).

Sejurus menerima maklumat, gerakan mencari mangsa dilancarkan di kawasan sekitar namun gagal mengesan mangsa sebelum operasi diteruskan pagi tadi. 

Difahamkan kebiasaannya mangsa akan pulang selepas waktu zohor namun semalam sehingga 5 petang mangsa masih tidak pulang ke rumahnya di Kampung Baru Pulau Redang.

Suffian berkata 35 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Taman Laut, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk tempatan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak semalam.

"SAR kemudian ditangguhkan pada 7.30 malam semalam dan bersambung hari ini, SAR bermula 9 pagi membabitkan 19 orang termasuk anggota PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Taman Laut, JPAM dan penduduk,"katanya.

Menurutnya lokasi pencarian merangkumi kawasan unjam berhampiran lokasi bot ditemukan dan lima bot nelayan turut menyertai operasi tersebut. -Bernama

Nelayan hilang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain