suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Asing Ditangkap Selepas Menyamun

ALOR SETAR: Seorang warga Indonesia tidak sempat menikmati wang samunnya apabila dia ditahan orang ramai tengah malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang berusia 33 tahun sebelum itu dilapor menyamun seorang wanita berusia 29 tahun di Taman PKNK di sini pada pukul 12.30 tengah malam.

Beliau berkata suspek meragut beg mangsa dari arah belakang dan terusmelarikan diri menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

"Orang awam dan suami mangsa yang berada di kawasan berkenaan yang mendengarjeitan itu berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis," katanya.

Di dalam beg itu terdapat wang tunai RM200. Mohd Rozi berkata suspek menetap di kawasan flat berhampiran lokasi kejadian. -Bernama

Samun, Warg asing

Artikel Lain