Pemuda Pas Kelantan Tuntut Nga Mohon Maaf Kepada Umat Islam - Semasa | mStar

Pemuda Pas Kelantan Tuntut Nga Mohon Maaf Kepada Umat Islam

Ahmad Fadhli Shaari

KOTA BAHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan menuntut anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming supaya memohon maaf terhadap umat Islam berhubung entri di laman sosial Facebooknya yang didakwa menghina sambutan Aidilfitri.

Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata Nga sepatutnya tidak cuba 'bergurau' dalam isu-isu sensitif terutama membabitkan soal agama dan perlu menghormati adat serta budaya yang diamalkan kaum lain.

"Saya nak nasihatkan Nga jangan cuba untuk bergurau dalam isu-isu sensitif dan soal keagamaan seperti ini. Walaupun pemberian duit raya ini bukanlah satu amalan agama (dalam Islam), tapi paling tidak hormatilah adat dan budaya yang diamalkan dalam negara ini.

"Jalan yang paling baik, dia tidak menjadikan isu ini sebagai satu isu gurauan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Mahasiswa Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, Ahad.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, bertajuk "Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya", satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma.." manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin".

PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain