suria

Tiga Patung Berhala Hindu Di Pulau Pinang Dirosakkan

GEORGE TOWN: Tiga patung berhala Hindu di Kuil Sri Muneiswaran di Jalan Tengku Kudin di sini didapati dirosakkan awal hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata patung berhala yang didapati dirosakkan itu terdiri daripada dua patung dengan kepala ular dan satu lagi dengan kepala gajah. Kerugian dianggarkan lebih RM1,000.

Dalam kenyataan pada Ahad, Mior Faridalatrash berkata tukang kebun kuil itu mendapati patung berhala itu dicemari najis ketika dia datang untuk membersihkan patung berhala berkenaan kira-kira 5.30 pagi.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan mana-mana golongan.

Ini merupakan insiden keempat patung berhala di kuil Hindu dirosakkan dengan sengaja, yang dilaporkan dalam tempoh dua bulan, insiden pertama berlaku di kuil Hindu di Estet Penanti, Ara Kuda pada awal Jun.

Patung Berhala, Pulau Pinang

Artikel Berikut

Artikel Lain