suria

Aliran Trafik Sebelum Plaza Tol Gombak Ke Ibu Negara Sesak

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur1 (LPT 1) sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara dilaporkan sesak sepanjang lima kilometer, setakat pukul 5 petang Ahad.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan itu berlaku berikutan peningkatan jumlah kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas bercuti bersempena Aidilfitri.

"Aliran trafik juga perlahan dari Lanchang menuju ke Karak, Tol Karak keBentong, dan Bentong ke Bukit Tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut jurucakap itu, laluan di LPT 2 di kedua-dua arah pula masih dalam keadaan terkawal dan lancar.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad dalam laman Twitter, berkata trafik dibeberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak perlahan iaitu dari Bertam menuju ke Sungai Dua, Jawi ke Bandar Cassia, Bukit Merah keBandar Baharu dan Kuala Kangsar ke Terowong.

Trafik juga dilaporkan perlahan dari Bukit Beruntung ke Rawang, Tapah keBidor, Bidor ke Sungkai dan seterusnya ke Slim River.

Selain itu, trafik perlahan dari Jelapang ke Hentian sebelah Simpang Pulai,dari Gopeng ke Simpang Pulai dan Gopeng ke Tapah.

Menurut laman itu, aliran trafik perlahan di Selatan dari arah Bandar Ainsdale ke Nilai berikutan berlaku kemalangan di Km268.8 arah utara dan kerja mengalihkan kenderaan telah selesai.

Katanya trafik juga perlahan dari Air Hitam menuju ke Sedenak, Simpang Ampat ke Pedas Linggi, Senawang ke Port Dickson, dari Seremban menuju ke kawasan rehat dan rawat Seremban disebabkan jumlah kenderaan yang tinggi.

Aliran Trafik Sesak

Artikel Lain