suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Rakyat Indonesia Diculik Di Lahad Datu

KOTA KINABALU: Tiga warga Indonesia dipercayai diculik lima lelaki bersenjata di Lahad Datu, lewat malam Sabtu, kes penculikan terbaharu yang menggemparkan dunia.

Kesemua mangsa dipercayai diculik dari sebuah kapal tunda kira-kira pukul 11.40 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata satu sidang media di Lahad Datu akan diadakan petang Ahad tanpa mendedahkan maklumat terperinci mengenainya.

Pada 20 Jun lalu, tujuh anak kapal warga Indonesia diculik kumpulan Abu Sayyaf di Laut Sulu.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan militan yang terkenal dengan kegiatan penculikan warga asing serta menuntut wang tebusan yang tinggi.

Pada April lalu kumpulan tersebut turut menculik empat rakyat Malaysia di perairan sama tetapi kesemua mangsa dibebaskan bulan lalu.



culik, Indonesia, Abu Sayyaf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain