suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utama Pagi Ahad

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ibu kota dilaporkan perlahan setakat 10 pagi Ahad.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik dilaporkan perlahan di Taiping ke Changkat Jering, Jelapang ke Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Sungkai ke Slim River.

"Trafik perlahan disebabkan peningkatan kenderaan di kawasan berkenaan, namun keadaan masih terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dari Plaza Tol Karak dan Plaza Tol Bentong menghala ibu kota, namun terkawal.

Bagaimanapun, katanya aliran Trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. 

Trafik

Artikel Sebelum

Artikel Lain