suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Johor Rancang Wujudkan 'Jalan Harmoni'

Tee menyalakan api semasa menghadiri majlis Ulang Tahun Kelima Masyarakat Shirdi Sai Baba Malaysia - Johor Baru pada Sabtu.

JOHOR BARU: Jabatan Pelancongan Johor merancang mewujudkan "Jalan Harmoni" di pusat bandar memandangkan jarak rumah ibadah pelbagai agama berdekatan antara satu sama lain sebagai satu usaha untuk mengukuhkan perpaduan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti Jalan Trus dan beberapa jalan di sekitarnya sebagai kawasan khas mewakili aspek budaya Johor.

Menurut Tee, lokasi enam rumah ibadah dalam lingkungan 3 kilometer memberi gambaran bagaimana masyarakat pelbagai kaum dan agama hidup dengan aman dan damai.

"Kami mahu menyerlahkan identiti unik negeri ini bukan sahaja untuk menarik pelancong berkunjung ke kawasan itu tetapi menggalakkan perpaduan dan toleransi di kalangan rakyat," katanya.

Tee berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ulang Tahun Kelima Masyarakat Shirdi Sai Baba Malaysia - Johor Baru di sepanjang Jalan Trus di sini, Sabtu.

Jalan Harmoni, Johor

Artikel Lain