suria

'Duit Raya' Bukan Rasuah - Ismail Sabri

BERA: Duit raya diberikan kepada tetamu terutamanya kanak-kanak semasa Rumah Terbuka Aidilfitri tidak boleh disamakan dengan rasuah, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata amalan pemberian duit raya sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak yang menghadiri rumah tersebut tersebut.

"Ia adalah budaya kita dan kanak-kanak yang menerima wang itu lebih gembira semasa menghadiri rumah terbuka," katanya pada majlis Rumah Terbuka beliau di Dataran Kerayong dekat sini, Sabtu.

Ismail Sabri berkata kenyataan yang didakwa dikeluarkan Ahli Parlimen Taiping (DAP) Nga Kor Ming di laman Facebooknya yang menyamakan duit raya dengan rasuah adalah amat tidak wajar.

"Beliau boleh dikatakan sebagai biadap dan bukan seorang pemimpin yang bijak. Adakah dia memahami budaya dan amalan kita?

"Mungkin beliau mahu publisiti murahan melalui perkara ini kerana kenyataan itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Melayu," katanya.

Ismail Sabri mengulas laporan polis yang dibuat terhadap Nga yang didakwa menyifatkan duit raya sebagai dedak.

Ahli Parlimen Bera itu berkata amalan pemberian wang atau derma pada musim perayaan adalah perkara biasa kerana ia turut diamalkan masyarakat lain.

Jelas beliau masyarakat Cina memberi 'ang pau' semasa sambutan Tahun Baru Cina dan masyarakat lain lakukan mengikut cara mereka sendiri seperti pemberian hadiah semasa perayaan Krismas atau sumbangan pada Hari Deepavali.

"Saya ingin menasihati Nga supaya memohon maaf kepada masyarakat Melayu mengenai perkara ini jika beliau benar-benar berkata demikian dalam akaun Facebooknya seperti dilaporkan," kata Ismail Sabri.

Artikel Sebelum

Artikel Lain