suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurugambar Maut Dalam Kemalangan Ngeri Ekspedisi 4x4

DUNGUN: Ekspedisi tiga hari dengan kenderaan pacuan empat roda bertukar tragedi selepas seorang daripada anggotanya meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Lubuk Cermai, Kuala Jengai dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 11.00 pagi Jumaat, mangsa Phang Choon Hua, 43, seorang ejen hartanah dari Senai, Johor meninggal dunia akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh ke dalam lubang ketika mengambil gambar.

Phang, yang merupakan seorang daripada 15 anggota ekspedisi di Lubuk Cermai di sini dan telah ditugaskan sebagai jurugambar.

Beliau dikatakan telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaakub, ketika dihubungi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Artikel Berikut

Artikel Lain