suria

Maut Ditikam, Tiga Suspek Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijumpai mati dipercayai  ditikam di rumahnya di Pinggiran Templer, Selayang pada Sabtu malam.

Mayat lelaki berusia 55 tahun itu dijumpai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan tikaman pada rusuk kiri dan paha kanannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata kejadian dilapor kira-kira 10 malam.

Beliau berkata berikutan itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 27 hingga 53 tahun di tempat kejadian dan mereka direman selama tujuh hari.

Polis masih menyiasat motif kejadian, katanya kepada Bernama.-- Bernama


Pinggiran Templer, Ali Ahmad

Artikel Lain