suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vaksinasi Tidak Diwajibkan - Dr Subra

KUALA LUMPUR: Vaksinasi tidak akan diwajibkan dan Kementerian Kesihatan akan terus menggunakan pendidikan untuk menggalakkan pengambilannya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Tidak banyak negara mewajibkan vaksin. Sebagai sebuah negara, kita tidak boleh menguatkuasakan semua undang-undang," katanya sambil membandingkan vaksin dengan pendidikan anti merokok.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bahawa kementerian itu merancang mewajibkan vaksin berikutan beberapa kematian kanak-kanak disebabkan difteria.

Dr Subramaniam berkata terdapat kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan melalui perkhidmatan kesihatan sekolah untuk memastikan kanak-kanak menerima vaksin.

Beliau mengenal pasti tiga 'kumpulan masalah' termasuk kumpulan anti vaksin, golongan miskin tegar dan migran.

"Apa yang dipanggil golongan berpendidikan yang anti vaksin mengatakan bahawa ia disebabkan bantahan agama atau bimbang kesan sampinga," katanya pada sidang media di SJK (T) Ampang di sini, Ahad.

vaksinasi, Dr Subramaniam

Artikel Lain