suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lim Guan Eng Ditempelak, Cuba Heret Rakyat Dalam Pertuduhan Rasuah

NIBONG TEBAL: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditempelak kerana didakwa cuba mengheret rakyat dalam pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata tindakan Lim mengajak rakyat mempertahankannya dan mengadakan sesi penerangan terbuka merupakan langkah terdesak.

"Saya percaya Lim dan pemimpin pembangkang lain menyedari tindakan mengadakan penerangan secara terbuka itu boleh menimbulkan subjudis terhadap kes yang sedang dihadapinya.

"Jangan heret rakyat dalam tuduhan yang jelas membabitkan beliau secara peribadi. Negara ada undang-undang dan tiada sesiapa yang kedudukannya lebih tinggi daripada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan di sini, Ahad.

Beliau mengulas tindakan DAP yang mengheret rakyat khususnya penyokong parti itu untuk mempertahankan Lim yang berdepan tuduhan rasuah termasuk mengadakan sesi penerangan kepada rakyat di Dewan Seri Pinang, di sini, Ahad.

Khamis lepas, Lim, 56, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.-- Bernama

Umno, Lim Guan Eng

Artikel Lain