suria

Selepas 10 Kali Mencuba, Pelajar 10A Akhirnya Dapat MyKad

Nei Shin (kiri) menunjukkan MyKad yang diperolehi ketika sidang media di Klang. Bersamanya adalah ibu angkatnya.
KLANG: Wong Nei Shin kini boleh mengharapkan percutian ke luar negara bersama keluarganya tidak lama lagi. 

Ini bukan lagi mustahil apabila beliau akhirnya memperoleh MyKad setelah 10 kali mencuba.

Pelajar 18 tahun yang mendapat keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini akan melawat Singapura bersama ibu dan bapa angkatnya, Wong Ah Ming, 58, dan Loh Wei Leng, 55, sebaik sahaja mendapat pasport.

Nei Shin, yang berketurunan India, berada di bawah jagaan pasangan suami isteri itu ketika berusia hampir satu bulan.

Wei Leng berkata seorang rakan telah menyerahkan Nei Shin kepada mereka dan sejak itu mereka terputus hubungan.

"Kita tidak mampu untuk mendapatkan butir-butir ibu bapa kandungnya tetapi berjaya mendapatkan sijil kelahiran dengan taraf 'Belum Ditentukan'.

"Oleh itu, kami menjaganya seperti anak sendiri selama ini," katanya pada sidang akhbar yang dianjurkan oleh Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Selangor Datuk Tan Bok Koon.

Wei Leng yang mengendalikan sebuah gerai mi kari di Kepong Baru berkata beliau cuba untuk memohon MyKad apabila Nei Shin berusia 12 tahun.

"Ia sentiasa ditolak," katanya, sambil menambah perkara pertama yang akan dilakukannya sekarang adalah mendapatkan pasport untuk Nei Shin.

Pada awal tahun ini, Wei Leng berjumpa dengan Bok Koon untuk meminta bantuan dan dalam tempoh dua bulan, permohonan MyKad untuk anak angkatnya itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa.

Bok Koon berkata beliau membawa perkara itu kepada Jabatan Perdana Menteri dan mendapat surat rujukan bagi membolehkan bantuan mendapatkan dokumen itu dapat dibuat.

Nei Shin menerima MyKad pada 4 April, hari yang sama beliau menerima keputusan SPM.

"Ia adalah kegembiraan berganda bagi saya kerana saya mendapat 10A," kata Nei Shin, yang kini mengikuti kursus asas perdagangan di sebuah kolej swasta.

Artikel Lain