suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DAP Tidak Akan Anjurkan Protes Jalanan - Guan Eng

Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR: DAP tidak akan menganjurkan sebarang demonstrasi jalanan untuk mencabar pertuduhan rasuah, kata Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng.

"Kami tidak akan mengadakan sebarang demonstrasi jalanan, tetapi saya fikir anda tidak harus memandang remeh reaksi spontan orang ramai," kata Guan Eng pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Jumaat.

Guan Eng berkata beliau sangat terharu melihat orang ramai yang keluar untuk menyokongnya ketika pendakwaan terhadapnya dibuat Khamis.

Guan Eng juga berkata satu sesi taklimat awam akan diadakan pada pukul 10 pagi Ahad di Dewan Sri Pinang, George Town.

Pada Khamis, Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Artikel Lain