suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pensyarah Maut Dalam Kemalangan

- Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang pensyarah Pendidikan Islam, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah, Zaib Ngah, 53, maut selepas kereta Toyota Wish yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di KM41.8, Lebuhraya Lekas berhampiran Taman Markosa di sini awal pagi Jumaat.

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban, Afizal Omar berkata bomba menerima panggilan pada 7.15 pagi mengenai kejadian itu dan setelah sampai di tempat kejadian mendapati seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu.

"Pemeriksaan mendapati mangsa cedera parah di kepala serta badan dan telah meninggal dunia di tempat kejadian. Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat," katanya.


Sementara itu, menurut seorang rakan mangsa yang ditemui di tempat kejadian, Salwa Anita Isa yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sastera Ihktisas di kolej sama, mangsa yang tinggal di Banting, Selangor telah lima tahun berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.
kemalangan, pensyarah maut

Artikel Lain