suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Patah Kaki Dirempuh Mat Rempit

ALOR SETAR: Seorang anggota polis patah kaki kiri dan cedera pada muka akibat dirempuh seorang mat rempit di Kepala Batas dekat sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.10 pagi bila Konstabel Muhammad Annas Ikmal Mior Arif Ariffin, 21, dirempuh dalam cubaan mat rempit tersebut melarikan diri daripada ditahan.

"Anggota tersebut kini stabil dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah,"  katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, seorang remaja berusia 17 tahun dari Felda Bukit Tangga, Changlun telah ditahan.

Artikel Lain