Pemandu Bas Langgar Undang-Undang Terima Saman Serta Merta - KP JPJ - Semasa | mStar

Pemandu Bas Langgar Undang-Undang Terima Saman Serta Merta - KP JPJ

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan saman serta merta kepada pemandu bas yang melakukan kesalahan sepanjang perjalanan ke destinasi tertentu dalam Ops Raya.

Ketua Pengarahnya Datuk Nadzri Siron berkata anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas akan memantau pemandu bas pertama dan kedua yang tidak mematuhi peraturan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit dan memotong garisan berkembar.

Beliau berkata saman akan dikeluarkan sejurus bas terbabit sampai ke destinasi tertentu, tidak seperti sebelum ini dengan meminta mereka hadir ke pejabat JPJ untuk tindakan lanjut.

Selain itu katanya, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan terhadap bas ekspres dan bas ekspres tambahan bagi memastikan tahap keselamatan seperti tayar dan brek berada dalam keadaan baik sebelum mereka membawa penumpang.

"Setiap bas ada buku log dan kita akan pastikan setiap 300km bas tersebut akan diperiksa bagi memastikan tahap keselamatan terjamin. Setiap bas yang telah melakukan pemeriksaan akan diberikan slip pemeriksaan bagi membuktikan bas tersebut selamat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasa Peringkat Zon Utara di Ibu Pejabat JPJ Kedah, semalam.

Nadzri berkata pengusaha bas ekspres yang belum melakukan pemeriksaan terhadap bas mereka diminta untuk ke pejabat JPJ setiap negeri bagi mendapatkan perkhidmatan itu agar operasi perjalanan bas mereka berjalan dengan lancar.

Disamping itu, beliau berkata JPJ turut melakukan rondaan lebuh raya dalam tempoh 24 jam serta program advokasi dan operasi motosikal sebagai langkah untuk meningkatkan kefahaman pengguna jalan raya mengenai keselamatan.

Sementara itu Nadzri berkata JPJ menerima 141 buah kenderaan penguatkuasa baharu bagi fasa ketiga tahun ini selepas menerima 185 buah bagi fasa kedua tahun lepas dan 150 buah bagi fasa pertama, 2014.

Katanya penerimaan kenderaan baharu daripada pelabagi model bertujuan untuk menggantikan 320 buah kenderaan penguatkuasa yang melebihi lima tahun dan tidak boleh dibaiki dan diselenggara dengan baik.

Dalam perkembangan lain, Nadzri berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memastikan pengguna kenderaan persendirian dari negara jiran itu tidak melanggar undang-undang di negara ini.

Katanya kenderaan persendirian yang mendapat permit peredaran antarabangsa (ICP) tidak boleh menyalahgunakannya dengan mengubahsuai kenderaan mereka untuk menjadi kenderaan perdagangan yang membawa muatan barangan yang datang dari negara jiran itu.

"Kita akan kenakan kompaun terhadap mereka sebanyak RM300 kerana menyalah guna permit yang dikeluarkan JPJ dan mereka diminta untuk kembali ke negara asal. Kita sentiasa melakukan rondaan dan sekatan jalan raya tidak jauh dari pintu sempadan Bukit Kayu Hitam," katanya.-- Bernama

JPJ , saman , Nadzri Siron

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain