suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Terselamat Dari Enam Das Tembakan

Mangsa (baju berlumuran darah) terselamat dalam insiden tembakan berdiri di tepi jalan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 40 tahun terselamat selepas ditembak di dalam keretanya oleh dua suspek yang menaiki motosikal di lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban di sini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, insiden tembakan berlaku pada kira-kira pukul 8.15 pagi semasa kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

"Mangsa dalam perjalanan ke pejabatnya di Damansara. Terdapat empat tembakan dari bahagian kanan, dan dua dari bahagian kiri kereta. Mangsa terkena lima tembakan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa bekerja sebagai pengurus bagi jenama kerusi urut Gintell.

Beliau menambah, siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan.


Artikel Lain