suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Tiga Tahun Maut Dijangkiti Bakteria Difteria

Jangkitan bakteria difteria.

KOTA KINABALU: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun di kawasan pedalaman Menggatal, maut dijangkiti bakteria difteria, menjadikannya sebagai kes ketiga akibat jangkitan itu di negara ini pada Jun.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi berkata, kanak-kanak itu yang tidak mendapat imunisasi terhadap jangkitan itu, dari komuniti migran.

Bagaimanapun katanya, ia merupakan kes terpencil bagi difteria dan tidak menunjukkan penularan wabak itu.

"Terdapat kematian akibat difteria, tetapi ia merupakan kes terpencil dan bukan wabak seperti yang menjadi viral.

"Kita mempunyai kes terpencil difteria di negeri ini," katanya yang mengulas mengenai mesej Whatsp yang tersebar menjadi viral selepas kematian seorang kanak-kanak pada Isnin.

Dua kanak-kanak maut akibat jangkitan difteria di Melaka dan Kedah awal bulan ini, dengan 11 kes dilaporkan.

Jabatan Kesihatan negeri akan terus memantau keadaan dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya diperlukan.

difteria

Artikel Lain