suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wisma Putra Gesa Rakyat Malaysia Di Turki Utamakan Keselamatan

Penumpang di luar Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul selepas insiden serangan bom. Foto AFP

PETALING JAYA: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di Turki supaya sentiasa mengutamakan keselamatan berikutan serangan bom terbaharu di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul.

Menerusi kenyataan Kedutaan Malaysia di Ankara, kementerian menasihatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau melawat Turki mengikut nasihat yang dikeluarkan Kerajaan Turki.

Ia turut mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian itu, sambil menambah bahawa keadaan sedang dipantau.

"Kementerian ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau melawat Turki supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat dikeluarkan Kerajaan Turki," menurut Wisma Putra.

Tiga letupan berasingan berlaku di lapangan terbang itu dipercayai angkara pengebom berani mati yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas IS, mengorbankan 36 orang dan 147 lagi cedera.

Maklumat lanjut boleh menghubungi talian di Kedutaan Malaysia di Ankara +(90)312-4463547; +(90)312-4463548 atau Wisma Putra (Konsular) di 03-88874530/4047.


Wisma Putra, Ataturk, Istanbul, IS

Artikel Sebelum

Artikel Lain