suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MIC Tuntut Mufti Pahang Tarik Balik Kenyataan 'Kafir Harbi'

Sivarraajh Chandran.

PETALING JAYA: MIC menuntut Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak wajar dan tidak beretika, Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandran berkata, tiada seorang pun termasuk DAP perlu dilabelkan sebegitu.

"Saya benar-benar tidak bersetuju dengan gelaran itu. DAP merupakan parti politik dan sebahagian daripada proses demokrasi di negara ini.

"Mereka tidak seharusnya dilabel sebegitu. Malah, tiada siapa pun yang patut dilabelkan sebegitu... ia perlu ditarik balik dengan permohonan maaf," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sivarraajh berkata, walaupun MIC sememangnya tidak bersetuju dengan DAP dari segi politik, tetapi parti itu tidak pernah melabelkan mereka dengan kategori tertentu atau menyebut nama.

Beliau mengingatkan bahawa tindakan itu hanya akan memberi peluang kepada kumpulan militan bertindak ke atas rakyat Malaysia yang dianggap kafir harbi oleh mereka di pihak berkuasa.

"Ia merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, yang melampaui batasan.

"Walaupun kita tidak bersetuju dengan DAP, apa yang Mufti Pahang boleh menyebabkan salah faham di kalangan orang bukan Islam mengenai Islam," katanya.

Khamis lalu, dilaporkan Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata, DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk me­nubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam. 

Menurutnya, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar. 

Artikel Lain