Dua Perompak Dicekup Polis Kurang Tiga Jam - Semasa | mStar

Dua Perompak Dicekup Polis Kurang Tiga Jam

MUAR: Dua lelaki warga tempatan berjaya ditahan kurang daripada tiga jam selepas dipercayai merompak sebuah kedai kain di Pagoh pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata pihak polis berjaya menahan dua lelaki warga tempatan berumur 31 dan 32 tahun semasa sedang menaiki sebuah kereta di kawasan pasar raya Ten Ten Jalan Sengkang, Pagoh.

"Ketika kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa yang merupakan pemilik kedai kain bersama isteri dan anak mereka didatangi oleh dua lelaki yang bersenjatakan parang.

"Seorang daripada suspek telah mengeluarkan parang dan mengacukan kepadanya, manakala seorang lagi mengambil wang tunai RM500 dari mesin wang, seutas rantai emas milik isteri mangsa dan kunci kereta mangsa," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dekat sini, Ahad.

Beliau berkata kedua-dua suspek tersebut cuba melarikan kereta Toyota Vellfire milik mangsa namun gagal berbuat demikian apabila berjaya dihalang oleh mangsa.

Katanya mangsa sempat memukul cermin hadapan kereta jenis Mercedes-Benz yang dinaiki oleh kedua-dua suspek menggunakan batang besi namun gagal menghalang perompak berkenaan daripada melarikan diri.

"Mangsa dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan namun anak mangsa berusia 21 tahun diikat kedua-dua tangannya ke belakang sebelum suspek melarikan diri bersama wang tunai dan rantai emas bernilai kira-kira RM1,500," katanya.

Azman berkata bertindak atas aduan mangsa, dalam tempoh kurang daripada tiga jam, polis berjaya menahan kedua-dua suspek terbabit yang sedang menaiki sebuah kenderaan di kawasan pasar raya Ten Ten.

Beliau berkata hasil daripada tangkapan tersebut, polis merampas sebuah kereta jenis Mercedes-Benz, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan juga buku lima.

"Siasatan polis mendapati bahawa kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan oleh suspek adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Kuantan, Pahang pada awal tahun ini manakala status kereta jenis Mercedes-Benz masih disiasat," katanya.

Katanya polis juga mendapati bahawa suspek pertama mempunyai tujuh kes lampau melibatkan kes samun bersenjata dan pernah dibuang daerah.

Beliau berkata seorang lagi suspek didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan merupakan penjenayah yang dikehendaki di daerah Johor Baharu Selatan.

Azman berkata kedua-dua suspek ditahan reman bermula hari ini dan kes tersebut disiasat di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata. 

Muar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain