suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Tetapkan 2 Ogos Bicara Kes Pengasuh Dera Anak Angkat

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Isnin menetapkan 2 Ogos untuk perbicaraan kes pengasuh tadika yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendera anak angkat perempuannya sejak tahun lepas.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Nor menetapkan tarikh itu selepas peguam Samry Masri yang mewakili tertuduh, Nor Asiah Mohamed Ali, memaklumkan dokumen berkaitan kes itu telah diterima daripada pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

Pada 20 April lalu, Nor Asiah, 48, sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas seorang kanak-kanak berusia 5 tahun 11 bulan, didakwa mendera kanak-kanak itu di Tadika An-Nur, No 1, Jalan Bukit Indah 2/17, Taman Bukit Indah, di sini dari 2015 sehingga 8 April 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebh RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Lain