suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Tetak Kaki Warga Emas Direman

Pergelangan kaki Mek Som putus ditetak seorang remaja lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya pada Ahad.

PASIR MAS: Mahkamah Majistret Pasir Mas pada Isnin memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun direman bagi siasatan cuba membunuh seorang warga emas yang ditetak kakinya dalam kejadian samun Ahad.

Perintah tahanan reman selama seminggu itu itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izuddin Shukri bermula Isnin.

Pada Ahad, seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak seorang remaja lelaki yang cuba menyamun di rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, suspek dilaporkan menceroboh rumah wanita berkenaan dan meminta wang.

Suspek bagaimanapun mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang yang diminta. - BERNAMA

tetak, warga emas

Artikel Lain